× Bahasa Eropah Rusia Belarus Ukraine Polish Serbian Bulgarian Slovakian Czech Romanian Orang Moldova Azerbaijan Armenia Orang Georgia Albanian Avar Bashkir Tatar Chechen Slovenian Croatian Estonian Latvian Lithuanian Hungarian Finnish Norwegian Swedish Icelandic Yunani Orang Macedonia Jerman Bavarian Belanda Danish Welsh Gaelik Orang Ireland Perancis Basque Bahasa Catalan Itali Galacian Romani Bosnian Kabardian Amerika Utara Inggeris Amerika Selatan Sepanyol Portugis Guarani Quechuan Aymara Amerika Tengah Jamaican Nahuatl Kiche Qeqchi Haitian Asia Timur Cina Jepun Korean Orang Mongolia Uyghur Hmong Tibetian Asia Tenggara Malaysia Burmese Hakha Chin Nepali Cebuano Tagalog Cambodian Thai Indonesian Bahasa Sunda Vietnamese Orang Jawa Lao Iban IuMien Kachin Lahu Aceh Balinese Bugis Pampanga Sasak Shan Waray Asia Selatan Hindi Оdia Awadhi Mizo Kannada Malayalam Marathi Gujarati Tamil Telugu Punjabi Kurukh Bahasa Assam Maithili Bengali Urdu Sinhala Dogri Haryanvi Meitei Konkani Santali Sindhi Koya Thado Sanskrit Devanagari Adilabad Gondi Ahirani Balochi Bundeli Chhattisgarhi Garhwali Kangri Kumaoni Mewari Munda Sadri Seraiki Shekhawati Sylheti Bagri Bhilali Bodo Braj Tulu Asia Tengah Kyrgyz Uzbekistan Tajik Orang Turkmen Kazakhstan Karakalpak Timur Tengah Turki Ibrani Arabic Persian Kurdish Mazanderani Pashto Coptic Afrika Afrikaans Xhosa Zulu Ndebele IsiSuthu Amharic Wolaytta Nigerian Mossi Ika Dinka Kabyle Ewe Swahili Morocco Somalian Shona Madagascar Igbo Lingala Baoule Siswati Tsonga Tswana Gambian Yoruba Kamba Kinyarwanda Hausa Chewa Luo Makua Dyula Fulfulde Kalenjin Kikuyu Kikwango Kirundi Krio Nigerian Pidgin Oromo Tshiluba Tshivenda Twi Umbundu Lugbara Luguru Pular Gussi Maasai Turkana Moba Nuer Shilluk Tamasheq Makonde Bemba Fon Hadiyya Ibibio Kimbundu Kimiiru Lango Liberian Kreyol Lomwe Mende Morisyen Ndau Nyankole Sena Sidamo Soga Songe Sukuma Tarifit Teso Tiv Zande Dagbani Edo Kituba Benua Australia New Zealand Papua New Guinea Bahasa Lama Aramaic Latin Esperanto 1 1 1 Pengamat 2008 Bahasa Melayu 2020Bahasa Manado 2017Pengamat 2008Berita Baik 19961 1 1 John MatthewMarkLukasJohnActsRom1 Korintus2 KorintusGalatiaEfesusFilipiKolose1 Tesalonika2 Tesalonika1 Timothy2 TimothyTitusPhilemonIbraniJames1 Peter2 Peter1 John2 John3 JohnJudeWahyu1 1 1 20 1234567891011121314151617181920211 1 1 : 1 123456789101112131415161718192021222324252627282930311 1 1 Malaysian Bible 2008 John 20 Simpan Nota 1Pada awal pagi hari pertama minggu itu, ketika masih gelap lagi, Maryam Magdalena pergi ke makam itu. Dia mendapati batu penutup telah digulingkan dari lubang makam itu.2Dia pun berlari mencari Simon Petrus dan pengikut lain yang dikasihi oleh Isa lalu berkata, ‘Jenazah Junjungan telah diambil dari makam, entah ke mana dialihkan.’3Petrus dan pengikut lain itu pun pergi ke makam.4Kedua-duanya berlari, tetapi pengikut lain itu berlari mendahului Petrus dan tiba di makam itu lebih dahulu.5Dia menjenguk ke dalam dan melihat kain linen di situ tetapi tidak masuk ke makam itu.6Apabila Simon Petrus yang menyusul pengikut lain itu tiba, dia terus masuk ke dalam makam itu dan nampak kain linen terletak di situ.7Dia juga melihat kain yang diikatkan pada kepala Isa, terlipat berasingan.8Kemudian, pengikut lain yang sampai dahulu itu pun masuk. Dia melihat segala-galanya lalu percaya.9Setakat itu mereka belum memahami apa yang tersurat di dalam Kitab Suci, iaitu Dia harus bangkit daripada kematian.10Selepas itu, pengikut-pengikut Isa itu pun pulang ke rumah mereka.11Tetapi Maryam berdiri di hadapan makam itu sambil menangis. Kemudian sambil menangis dia menjenguk ke dalam.12Dia melihat dua malaikat berpakaian putih duduk di tempat jenazah Isa dibaringkan dahulu, satu malaikat di sebelah kepala dan satu di sebelah kaki.13Malaikat-malaikat itu bertanya kepada Maryam, ‘Puan, mengapa menangis?’ Maryam menyahut, ‘Jenazah Junjunganku telah diambil, entah ke mana dialihkan!’14Kemudian Maryam menoleh lalu melihat Isa berdiri di situ, tetapi Maryam tidak mengenal-Nya.15Isa berkata kepada Maryam, ‘Puan, mengapa menangis? Siapakah yang kamu cari?’ Pada sangkaan Maryam, Dia tukang kebun di taman itu. Dengan demikian Maryam berkata, ‘Tuan, jika kamu telah mengalihkan jenazah Isa, beritahulah aku di mana kamu letakkan-Nya, supaya dapat kuambil jenazah-Nya.’16 Isa berkata kepadanya, ‘Maryam!’ Maryam berpaling kepada Isa lalu berseru dalam bahasa Ibrani, ‘Rabboni!’ (ertinya ‘Guru’). 17Isa berkata kepadanya, ‘Jangan berpaut pada-Ku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada pengikut-pengikut-Ku, katakan kepada mereka bahawa sekarang Aku akan kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah Tuhan-Ku dan Allah Tuhanmu.’18Maryam pun pergi mendapatkan para pengikut Isa lalu memberitahu bahawa Dia telah melihat Junjungan dan Dia telah menuturkan kata-kata itu kepadanya.19Pada hari minggu itu, setelah petang, para pengikut Isa berhimpun di sebuah rumah dengan pintu terkunci kerana takut akan orang Yahudi. Isa muncul di kalangan mereka lalu berkata, ‘Sejahtera ke atas kamu!’20Selepas itu Dia menunjukkan tangan dan rusuk-Nya kepada mereka, maka mereka pun bersukacita melihat Junjungan.21Isa berkata lagi kepada mereka, ‘Salam sejahtera kepadamu! Sebagaimana Bapa mengutus-Ku, begitulah Aku mengutusmu.’22Kemudian Dia menghembuskan nafas-Nya ke atas mereka lalu berkata, ‘Terimalah Roh Suci.23Sesiapa yang kamu ampunkan dosanya, dosanya diampunkan. Sesiapa yang tidak kamu ampunkan dosanya, dosanya tidak akan diampunkan.’24Tomas yang digelar Didimus, seorang daripada pengikut Isa yang dua belas itu, tidak ada bersama mereka apabila Isa datang.25Oleh itu, pengikut-pengikut lain memberitahu Tomas, ‘Kami telah melihat Junjungan!’ Tetapi Tomas berkata, ‘Selagi aku tidak melihat sendiri bekas paku di tangan-Nya, dan memasukkan jariku ke dalam bekas luka itu, juga memasukkan tanganku ke dalam rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya.’26Seminggu selepas itu, para pengikut Isa termasuk Tomas berhimpun lagi di situ. Sungguhpun pintu terkunci seperti dahulu, Isa muncul di kalangan mereka lalu berkata, ‘Salam sejahtera kepadamu!’27Setelah itu Dia berkata kepada Tomas, ‘Hulurkan jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkan tanganmu dan masukkannya ke dalam rusuk-Ku. Jangan ragu-ragu lagi. Percayalah.’28Tomas pun berkata kepada Isa, ‘Ya Junjunganku! Ya Tuhanku!’29Isa berkata kepadanya, ‘Tomas, oleh sebab kamu telah melihat-Ku maka kamu percaya. Diberkatilah orang yang percaya walaupun tidak melihat-Ku!’30Isa telah melakukan banyak lagi mukjizat di hadapan para pengikut-Nya, tetapi tidak dituliskan di dalam kitab ini.31Tetapi segala yang telah dituliskan di sini bertujuan supaya kamu percaya bahawa Isa adalah al-Masih, Putera Allah, dan kerana kamu percaya kepada-Nya, kamu akan memperoleh hidup dalam nama-Nya.Malaysian Bible 2008 Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia Malaysian Bible 2008 John 20 00:00:00 00:00:00 0.5x 2.0x https://beblia.bible:81/BibleAudio/malaysian/john/020.mp3 21 20