× Bahasa Eropah Rusia Belarus Ukraine Polish Serbian Bulgarian Slovakian Czech Romanian Orang Moldova Azerbaijan Armenia Orang Georgia Albanian Avar Bashkir Tatar Chechen Slovenian Croatian Estonian Latvian Lithuanian Hungarian Finnish Norwegian Swedish Icelandic Yunani Orang Macedonia Jerman Bavarian Belanda Danish Welsh Gaelik Orang Ireland Perancis Basque Bahasa Catalan Itali Galacian Romani Bosnian Amerika Utara Inggeris Amerika Selatan Sepanyol Portugis Guarani Quechuan Aymara Amerika Tengah Jamaican Nahuatl Kiche Qeqchi Haitian Asia Timur Cina Jepun Korean Orang Mongolia Uyghur Hmong Asia Tenggara Malaysia Burmese Hakha Chin Nepali Cebuano Tagalog Cambodian Thai Indonesian Vietnamese Orang Jawa Lao Iban IuMien Kachin Lahu Aceh Balinese Bugis Pampanga Sasak Shan Waray Asia Selatan Hindi Оdia Awadhi Mizo Kannada Malayalam Marathi Gujarati Tamil Telugu Punjabi Kurukh Bahasa Assam Maithili Bengali Urdu Sinhala Dogri Haryanvi Meitei Konkani Santali Sindhi Koya Thado Sanskrit Devanagari Adilabad Gondi Ahirani Balochi Bundeli Chhattisgarhi Garhwali Kangri Kumaoni Mewari Munda Sadri Seraiki Shekhawati Sylheti Asia Tengah Kyrgyz Uzbekistan Tajik Orang Turkmen Kazakhstan Karakalpak Timur Tengah Turki Ibrani Arabic Persian Kurdish Pashto Coptic Afrika Afrikaans Xhosa Zulu Ndebele IsiSuthu Amharic Wolaytta Nigerian Mossi Ika Dinka Kabyle Ewe Swahili Morocco Somalian Shona Madagascar Igbo Lingala Baoule Siswati Tsonga Tswana Gambian Yoruba Kamba Kinyarwanda Hausa Chewa Luo Makua Dyula Fulfulde Kalenjin Kikuyu Kikwango Kirundi Krio Nigerian Pidgin Oromo Tshiluba Tshivenda Twi Umbundu Lugbara Luguru Pular Gussi Maasai Turkana Moba Nuer Shilluk Tamasheq Makonde Bemba Fon Hadiyya Ibibio Kimbundu Kimiiru Lango Liberian Kreyol Lomwe Mende Morisyen Ndau Nyankole Sena Sidamo Soga Songe Sukuma Tarifit Teso Tiv Zande Dagbani Benua Australia New Zealand Papua New Guinea Bahasa Lama Aramaic Latin Esperanto 1 1 1 Pengamat 2008 Bahasa Melayu 2020Bahasa Manado 2017Pengamat 2008Berita Baik 19961 1 1 Acts MatthewMarkLukasJohnActsRom1 Korintus2 KorintusGalatiaEfesusFilipiKolose1 Tesalonika2 Tesalonika1 Timothy2 TimothyTitusPhilemonIbraniJames1 Peter2 Peter1 John2 John3 JohnJudeWahyu1 1 1 1 123456789101112131415161718192021222324252627281 1 1 : 1 12345678910111213141516171819202122232425261 1 1 Malaysian Bible 2008 Acts 1 Simpan Nota 1Kepada Teofilus, dahulu di dalam kitabku yang pertama aku telah menceritakan segala yang dilakukan dan diajarkan oleh Isa,2dari awal pelayanan-Nya hingga ke hari Dia diangkat ke syurga. Sebelumnya, Dia telah memberikan perintah melalui Roh Suci kepada para rasul yang telah dipilih-Nya.3Dia telah menampakkan diri-Nya dalam keadaan hidup kepada mereka selepas kesengsaraan-Nya dengan banyak keterangan sahih. Mereka melihat-Nya selama empat puluh hari dan dalam berbagai-bagai cara dan Dia bercakap tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan Allah.4Pada suatu hari ketika Isa bersama mereka, Dia berpesan supaya mereka jangan meninggalkan Baitulmaqdis. Kata-Nya, ‘Haruslah kamu menantikan apa yang dijanjikan Bapa, dan yang telah kamu dengar daripada-Ku;5kerana Yahya telah mengimadkan orang dengan air, tetapi kamu akan diimadkan dengan Roh Suci tidak berapa lama lagi.’6Oleh itu, ketika mereka berhimpun, mereka pun bertanya kepada Isa, ‘Ya Junjungan, pada masa inikah Junjungan mengembalikan kerajaan ini kepada bangsa Israel?’7Dia berkata kepada mereka, ‘Tidaklah diberi bagi kamu mengetahui waktu atau saat yang sudah ditetapkan oleh Bapa dalam kekuasaan-Nya sendiri.8Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Suci datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Baitulmaqdis, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi.’9Setelah Dia berkata demikian, di hadapan mata mereka Dia diangkat lalu disambut awan dan lenyap daripada pandangan mereka.10Sedang mereka merenung ke langit ketika Dia diangkat, tiba-tiba dua orang yang berpakaian putih berdiri dekat mereka.11Orang itu berkata, ‘Wahai orang Galilea, mengapa kamu berdiri memandang ke langit? Sebagaimana Isa telah diangkat ke syurga dari kalanganmu, begitu jugalah Dia datang kelak.’12Setelah itu para rasul pun kembali ke Baitulmaqdis dari bukit bernama Zaitun yang dekat dengan kota itu, jaraknya sehari Sabat perjalanan.13Setibanya mereka di Baitulmaqdis, mereka naik ke bilik atas tempat mereka menumpang. Mereka ialah Petrus, Yahya, Yakobus, Andreas; Filipus dan Tomas, Bartolomeus, Matius, Yakobus anak Alfeus, dan Simon, orang Patriot; serta Yudas anak Yakobus.14Mereka semuanya dengan sehati terus-menerus berdoa, bersama orang perempuan dan Maryam ibu Isa, serta saudara-saudara-Nya.15Pada masa itu Petrus berdiri di kalangan para pengikut Isa (kesemuanya yang berhimpun kira-kira seratus dua puluh orang) lalu berkata,16‘Saudara-saudara, pastilah berlaku firman yang dahulu disampaikan oleh Roh Suci melalui lidah Daud tentang Yudas, yang menjadi pandu kepada orang yang menangkap Isa.17Dia telah dianggap sebahagian daripada kita dan diberi jawatan dalam pekerjaan kita ini.’18(Dia memperoleh sekeping tanah dengan upah durjananya; dia jatuh terjerumus, bahagian pertengahan tubuhnya pecah dan segala isi perutnya terburai.19Seluruh penduduk Baitulmaqdis mendapat tahu hal itu lalu menamakan tanah itu Hakal Dama dalam bahasa mereka, iaitu Tanah Darah.)20‘Sudah tersurat dalam kitab Zabur,‘ “Biarlah tempat kediamannya menjadi sepi; Dan jangan sesiapapun tinggal di situ,” dan,‘ “Biarlah orang lain mengambil jawatannya.”21Oleh itu, di antara orang yang telah berserta dengan kita sepanjang masa Junjungan Isa, keluar masuk bersama kita,22dari masa Isa diimadkan oleh Yahya sampailah ke hari Dia diangkat naik dari kalangan kita, seorang daripada mereka haruslah menjadi saksi di samping kita tentang kebangkitan-Nya.’23Mereka mencadangkan dua orang: Yusuf yang juga dipanggil Barsabas (juga dikenali sebagai Yustus), dan Matias.24Mereka pun berdoa, ‘Ya Tuhan yang mengetahui hati sekalian manusia, tunjukkanlah yang mana antara dua orang ini Engkau pilih25untuk memegang jawatan ini serta menjalankan kerja kerasulan bagi menggantikan Yudas. Ini kerana Yudas telah meninggalkan jawatan dan pekerjaan ini untuk pergi ke tempat yang wajar baginya.’26Mereka membuang undi lalu terkena kepada Matias. Dia pun diambil menyertai sebelas rasul itu.Malaysian Bible 2008 Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia Malaysian Bible 2008 Acts 1 00:00:00 00:00:00 0.5x 2.0x https://beblia.bible:81/BibleAudio/malaysian/acts/001.mp3 28 1