× Bahasa Eropah Rusia Belarus Ukraine Polish Serbian Bulgarian Slovakian Czech Romanian Orang Moldova Azerbaijan Armenia Orang Georgia Albanian Avar Bashkir Tatar Chechen Slovenian Croatian Estonian Latvian Lithuanian Hungarian Finnish Norwegian Swedish Icelandic Yunani Orang Macedonia Jerman Bavarian Belanda Danish Welsh Gaelik Orang Ireland Perancis Basque Bahasa Catalan Itali Galacian Romani Bosnian Amerika Utara Inggeris Amerika Selatan Sepanyol Portugis Guarani Quechuan Aymara Amerika Tengah Jamaican Nahuatl Kiche Qeqchi Haitian Asia Timur Cina Jepun Korean Orang Mongolia Uyghur Hmong Asia Tenggara Malaysia Burmese Hakha Chin Nepali Cebuano Tagalog Cambodian Thai Indonesian Vietnamese Orang Jawa Lao Iban IuMien Kachin Lahu Aceh Balinese Bugis Pampanga Sasak Shan Waray Asia Selatan Hindi Оdia Awadhi Mizo Kannada Malayalam Marathi Gujarati Tamil Telugu Punjabi Kurukh Bahasa Assam Maithili Bengali Urdu Sinhala Dogri Haryanvi Meitei Konkani Santali Sindhi Koya Thado Sanskrit Devanagari Adilabad Gondi Ahirani Balochi Bundeli Chhattisgarhi Garhwali Kangri Kumaoni Mewari Munda Sadri Seraiki Shekhawati Sylheti Asia Tengah Kyrgyz Uzbekistan Tajik Orang Turkmen Kazakhstan Karakalpak Timur Tengah Turki Ibrani Arabic Persian Kurdish Pashto Coptic Afrika Afrikaans Xhosa Zulu Ndebele IsiSuthu Amharic Wolaytta Nigerian Mossi Ika Dinka Kabyle Ewe Swahili Morocco Somalian Shona Madagascar Igbo Lingala Baoule Siswati Tsonga Tswana Gambian Yoruba Kamba Kinyarwanda Hausa Chewa Luo Makua Dyula Fulfulde Kalenjin Kikuyu Kikwango Kirundi Krio Nigerian Pidgin Oromo Tshiluba Tshivenda Twi Umbundu Lugbara Luguru Pular Gussi Maasai Turkana Moba Nuer Shilluk Tamasheq Makonde Bemba Fon Hadiyya Ibibio Kimbundu Kimiiru Lango Liberian Kreyol Lomwe Mende Morisyen Ndau Nyankole Sena Sidamo Soga Songe Sukuma Tarifit Teso Tiv Zande Dagbani Benua Australia New Zealand Papua New Guinea Bahasa Lama Aramaic Latin Esperanto 1 1 1 Pengamat 2008 Bahasa Melayu 2020Bahasa Manado 2017Pengamat 2008Berita Baik 19961 1 1 Ibrani MatthewMarkLukasJohnActsRom1 Korintus2 KorintusGalatiaEfesusFilipiKolose1 Tesalonika2 Tesalonika1 Timothy2 TimothyTitusPhilemonIbraniJames1 Peter2 Peter1 John2 John3 JohnJudeWahyu1 1 1 12 123456789101112131 1 1 : 1 12345678910111213141516171819202122232425262728291 1 1 Malaysian Bible 2008 Ibrani 12 Simpan Nota 1Oleh itu kita juga, yang dikelilingi dengan sebegitu ramainya saksi, hendaklah menjauhi beban dan dosa yang amat mudah menjerat kita, dan berlari dengan gigih dalam perlumbaan yang ditentukan bagi kita.2Kita harus meneladani Isa, yang mewujudkan dan menyempurnakan iman kita. Untuk kebahagiaan yang ditentukan bagi-Nya, Dia telah menanggung seksa salib, tanpa menghiraukan pengaiban itu, dan sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah.3Fikirkanlah Dia yang tabah menderita apabila orang berdosa memusuhi-Nya, supaya kamu tidak berasa bosan dan tawar hati.4Dalam perjuangan melawan dosa, kamu belum lagi bertahan sehingga tumpah darahmu.5Kamu telah melupakan nasihat yang disampaikan kepadamu seperti kepada anak-anak sendiri:‘Anakku, jangan pandang ringan pengajaran Tuhan, dan jangan tawar hati apabila Dia menegurmu,6Kerana Tuhan mengajari orang yang dikasihi-Nya, Dan menghukum sesiapa yang diterima-Nya sebagai anak.’7Jika kamu tahan diajari, Allah memperlakukan kamu sebagai anak; kerana anak manakah yang tidak diajari oleh bapanya?8Tetapi jika kamu tidak diajari, sedangkan orang lain menerima pengajaran, maka kamu adalah anak haram dan bukanlah anak yang sah.9Tambahan pula, kita mempunyai bapa di dunia yang mengajari kita dan kita menghormati mereka. Tidakkah sepatutnya kita lebih rela lagi tunduk kepada Bapa segala roh untuk hidup?10Bapa kita di dunia mengajari kita beberapa waktu menurut apa yang terasa baik bagi mereka. Tetapi Tuhan mengajari kita untuk menguntungkan kita, supaya kita mendapat sebahagian kesucian-Nya.11Tiada pengajaran yang menggembirakan ketika dilaksanakan; semuanya terasa teruk. Tetapi kemudiannya pengajaran itu menghasilkan kebenaran yang mendatangkan rasa aman kepada mereka yang telah dididik dengannya.12Oleh itu, kuatkanlah tangan yang lesu dan lutut yang lemah,13serta buatkan lorong yang lurus bagi kakimu, supaya yang tempang tidak terpelecok tetapi sembuh.14Berusahalah mendapatkan perdamaian dengan semua orang, serta kesucian; tanpanya tiada sesiapapun dapat melihat Tuhan.15Awaslah, jangan sampai ada sesiapapun yang tidak mendapat kasih kurnia Allah. Jangan biarkan kepahitan menimbulkan kekacauan, sehingga ramai yang tercemar.16Janganlah ada di antaramu penzina atau pencinta dunia seperti Esau, yang menjualkan hak warisannya untuk sesuap makanan.17Kamu ketahui bahawa kemudiannya, apabila dia hendak mewarisi berkat itu, dia ditolak, kerana dia tidak mendapat ruang untuk bertaubat, walaupun dia memohon berkat itu dengan air mata.18Kamu tidak pernah datang ke gunung yang dapat disentuh dan menyala dengan api, ke dalam gelap-gelita serta ribut taufan,19dan bunyi sangkakala bersama suara yang menuturkan kata-kata, sehingga sekalian yang mendengarnya merayu supaya kata-kata itu tidak dilafazkan lagi kepada mereka.20Mereka tidak tahan mendengar apa yang diperintahkan: ‘Jika seekor binatang pun menyentuh gunung ini, ia mesti direjam dengan batu atau ditembusi dengan anak panah.’21Penglihatan itu begitu menggerunkan sehingga Musa berkata, ‘Aku amat ketakutan dan menggeletar.’22Tetapi kamu telah datang ke Gunung Sion dan ke kota Allah yang hidup, Baitulmaqdis yang di syurga, kepada para malaikat yang tidak terkira banyaknya,23ke perhimpunan besar dan ke jemaah anak sulung yang didaftarkan di syurga, kepada Allah Hakim ke atas sekaliannya, kepada roh-roh orang benar yang telah disempurnakan,24kepada Isa, Pengantara perjanjian baru, dan kepada darah renjisan yang menuturkan perkara-perkara yang lebih baik daripada darah Habil.25Jangan sekali-kali kamu ingkar kepada Dia yang bersuara. Mereka yang ingkar kepada Dia yang bersuara di bumi tidak dapat lari daripada kebinasaan. Lebih-lebih lagi dengan kita, jika kita berpaling daripada Dia yang bersuara dari syurga.26Dulu suara-Nya menggoncang bumi. Tetapi sekarang Dia telah berjanji: ‘Sekali lagi Aku menggoncang bukan sahaja bumi tetapi juga syurga.’27‘Sekali lagi’ ini bermaksud bahawa segala yang digoncang, iaitu semua benda buatan akan dihapuskan manakala segala yang tidak dapat digoncang akan tetap wujud.28Oleh sebab kita menerima sebuah kerajaan yang tidak dapat digoncang, biarlah kita mendapat kasih kurnia, kerana dengannya kita dapat menjalankan kehendak Allah secara yang diredai-Nya, dengan penuh hormat dan takut akan Dia.29Allah Tuhan kita adalah api yang menghanguskan.Malaysian Bible 2008 Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia Malaysian Bible 2008 Ibrani 12 00:00:00 00:00:00 0.5x 2.0x https://beblia.bible:81/BibleAudio/malaysian/hebrews/012.mp3 13 12