× Bahasa Eropah Rusia Belarus Ukraine Polish Serbian Bulgarian Slovakian Czech Romanian Orang Moldova Azerbaijan Armenia Orang Georgia Albanian Avar Bashkir Tatar Chechen Slovenian Croatian Estonian Latvian Lithuanian Hungarian Finnish Norwegian Swedish Icelandic Yunani Orang Macedonia Jerman Bavarian Belanda Danish Welsh Gaelik Orang Ireland Perancis Basque Bahasa Catalan Itali Galacian Romani Bosnian Amerika Utara Inggeris Amerika Selatan Sepanyol Portugis Guarani Quechuan Aymara Amerika Tengah Jamaican Nahuatl Kiche Qeqchi Haitian Asia Timur Cina Jepun Korean Orang Mongolia Uyghur Hmong Asia Tenggara Malaysia Burmese Hakha Chin Nepali Cebuano Tagalog Cambodian Thai Indonesian Vietnamese Orang Jawa Lao Iban IuMien Kachin Lahu Aceh Balinese Bugis Pampanga Sasak Shan Waray Asia Selatan Hindi Оdia Awadhi Mizo Kannada Malayalam Marathi Gujarati Tamil Telugu Punjabi Kurukh Bahasa Assam Maithili Bengali Urdu Sinhala Dogri Haryanvi Meitei Konkani Santali Sindhi Koya Thado Sanskrit Devanagari Adilabad Gondi Ahirani Balochi Bundeli Chhattisgarhi Garhwali Kangri Kumaoni Mewari Munda Sadri Seraiki Shekhawati Sylheti Asia Tengah Kyrgyz Uzbekistan Tajik Orang Turkmen Kazakhstan Karakalpak Timur Tengah Turki Ibrani Arabic Persian Kurdish Pashto Coptic Afrika Afrikaans Xhosa Zulu Ndebele IsiSuthu Amharic Wolaytta Nigerian Mossi Ika Dinka Kabyle Ewe Swahili Morocco Somalian Shona Madagascar Igbo Lingala Baoule Siswati Tsonga Tswana Gambian Yoruba Kamba Kinyarwanda Hausa Chewa Luo Makua Dyula Fulfulde Kalenjin Kikuyu Kikwango Kirundi Krio Nigerian Pidgin Oromo Tshiluba Tshivenda Twi Umbundu Lugbara Luguru Pular Gussi Maasai Turkana Moba Nuer Shilluk Tamasheq Makonde Bemba Fon Hadiyya Ibibio Kimbundu Kimiiru Lango Liberian Kreyol Lomwe Mende Morisyen Ndau Nyankole Sena Sidamo Soga Songe Sukuma Tarifit Teso Tiv Zande Dagbani Benua Australia New Zealand Papua New Guinea Bahasa Lama Aramaic Latin Esperanto 1 1 1 Pengamat 2008 Bahasa Melayu 2020Bahasa Manado 2017Pengamat 2008Berita Baik 19961 1 1 James MatthewMarkLukasJohnActsRom1 Korintus2 KorintusGalatiaEfesusFilipiKolose1 Tesalonika2 Tesalonika1 Timothy2 TimothyTitusPhilemonIbraniJames1 Peter2 Peter1 John2 John3 JohnJudeWahyu1 1 1 1 123451 1 1 : 1 1234567891011121314151617181920212223242526271 1 1 Malaysian Bible 2008 James 1 Simpan Nota 1Surat ini daripada Yakobus, hamba Allah dan hamba Junjungan Isa al-Masih. Kepada dua belas suku yang tersebar di serata dunia: Sambutlah salam daripadaku.2Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan apabila kamu menghadapi pelbagai cubaan,3kerana kamu tahu bahawa ujian terhadap imanmu menghasilkan ketabahan.4Pastikan bahawa ketabahanmu itu berterusan, sehingga kamu menjadi sempurna tanpa sebarang kekurangan pun.5Sekiranya seseorang di antaramu kurang bijaksana, dia haruslah berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebijaksanaan kepadanya, kerana Allah memberi dengan murah hati kepada semua orang tanpa memandang kesalahan mereka.6Akan tetapi, apabila dia memohon, dia mesti beriman sepenuhnya. Dia tidak harus ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu itu umpama ombak laut yang terumbang-ambing ditiup angin.7Orang seperti itu tidak boleh berharap untuk menerima apa-apa daripada Tuhan;8pendiriannya tidak tetap dan dia sentiasa teragak-agak melakukan sesuatu;9Saudara yang hidup dalam keadaan sederhana patut bermegah dengan kedudukannya yang tinggi.10Orang yang kaya pula patut bermegah dengan kedudukannya yang rendah, kerana dia boleh lenyap laksana bunga rumput.11Sewaktu matahari meninggi, sinarnya yang panas menyebabkan bunga itu layu dan gugur lalu musnah keindahannya. Begitulah halnya dengan orang kaya yang akan lenyap ketika mengurus perniagaannya.12Diberkatilah orang yang tabah menghadapi cubaan. Apabila mereka berjaya menangani cubaan itu, mereka akan mendapat mahkota kehidupan yang telah dijanjikan Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.13Sekiranya seseorang tergoda ketika menghadapi cubaan demikian, tidaklah wajar dia berkata, ‘Godaan ini datang daripada Allah.’ Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan dan Allah tidak menggoda sesiapa.14Seseorang tergoda kerana terjerat oleh nafsu jahatnya sendiri.15Apabila dia menurutkan nafsu jahatnya itu, wujudlah dosa; dan dosa yang matang akan membawa kepada kematian.16Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah terpedaya.17Segala pemberian yang baik dan sempurna diturunkan dari syurga oleh Bapa, sumber segala cahaya. Dia tidak berubah dan tidak seperti bayangan yang berubah-ubah bentuknya.18Dengan kehendak-Nya Dia mencipta kita melalui firman-Nya yang benar. Dengan demikian kita menjadi yang sulung antara semua makhluk-Nya.19Saudara-saudara yang kukasihi, sebagaimana kamu tahu, seseorang haruslah cepat mendengar, lambat bercakap, dan lambat menjadi marah.20Orang yang marah tidak dapat melakukan perbuatan yang benar dan diredai Allah.21Oleh itu, kikislah segala tabiat buruk dan kelakuan jahat. Kemudian terimalah firman yang disemaikan-Nya ke dalam hatimu dengan rendah hati, kerana firman itu dapat menyelamatkanmu.22Namun, jangan tipu dirimu dengan hanya mendengar firman; lakukanlah firman itu.23Seseorang yang mendengar firman tetapi tidak melakukannya adalah ibarat orang yang berdiri di hadapan cermin,24meneliti dirinya, kemudian pergi dari situ dan terus lupa akan rupanya.25Namun, orang yang meneliti hukum yang sempurna, iaitu hukum yang dapat membebaskan manusia, dan melakukannya, akan diberkati dalam segala tindakannya, kerana dia tidak hanya mendengar lalu melupakannya.26Jika seseorang menganggap dirinya taat beribadat tetapi tidak mengekang lidahnya, maka ibadatnya sia-sia dan dia menipu diri sendiri.27Allah Bapa berfirman bahawa ibadat yang murni dan tulen ialah: menolong anak yatim piatu dan balu yang menanggung kesusahan, serta menjaga diri daripada dicemari kejahatan dunia.Malaysian Bible 2008 Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia Malaysian Bible 2008 James 1 00:00:00 00:00:00 0.5x 2.0x https://beblia.bible:81/BibleAudio/malaysian/james/001.mp3 5 1