× Bahasa Eropah Rusia Belarus Ukraine Polish Serbian Bulgarian Slovakian Czech Romanian Orang Moldova Azerbaijan Armenia Orang Georgia Albanian Avar Bashkir Tatar Chechen Slovenian Croatian Estonian Latvian Lithuanian Hungarian Finnish Norwegian Swedish Icelandic Yunani Orang Macedonia Jerman Bavarian Belanda Danish Welsh Gaelik Orang Ireland Perancis Basque Bahasa Catalan Itali Galacian Romani Bosnian Amerika Utara Inggeris Amerika Selatan Sepanyol Portugis Guarani Quechuan Aymara Amerika Tengah Jamaican Nahuatl Kiche Qeqchi Haitian Asia Timur Cina Jepun Korean Orang Mongolia Uyghur Hmong Asia Tenggara Malaysia Burmese Hakha Chin Nepali Cebuano Tagalog Cambodian Thai Indonesian Vietnamese Orang Jawa Lao Iban IuMien Kachin Lahu Aceh Balinese Bugis Pampanga Sasak Shan Waray Asia Selatan Hindi Оdia Awadhi Mizo Kannada Malayalam Marathi Gujarati Tamil Telugu Punjabi Kurukh Bahasa Assam Maithili Bengali Urdu Sinhala Dogri Haryanvi Meitei Konkani Santali Sindhi Koya Thado Sanskrit Devanagari Adilabad Gondi Ahirani Balochi Bundeli Chhattisgarhi Garhwali Kangri Kumaoni Mewari Munda Sadri Seraiki Shekhawati Sylheti Asia Tengah Kyrgyz Uzbekistan Tajik Orang Turkmen Kazakhstan Karakalpak Timur Tengah Turki Ibrani Arabic Persian Kurdish Pashto Coptic Afrika Afrikaans Xhosa Zulu Ndebele IsiSuthu Amharic Wolaytta Nigerian Mossi Ika Dinka Kabyle Ewe Swahili Morocco Somalian Shona Madagascar Igbo Lingala Baoule Siswati Tsonga Tswana Gambian Yoruba Kamba Kinyarwanda Hausa Chewa Luo Makua Dyula Fulfulde Kalenjin Kikuyu Kikwango Kirundi Krio Nigerian Pidgin Oromo Tshiluba Tshivenda Twi Umbundu Lugbara Luguru Pular Gussi Maasai Turkana Moba Nuer Shilluk Tamasheq Makonde Bemba Fon Hadiyya Ibibio Kimbundu Kimiiru Lango Liberian Kreyol Lomwe Mende Morisyen Ndau Nyankole Sena Sidamo Soga Songe Sukuma Tarifit Teso Tiv Zande Dagbani Benua Australia New Zealand Papua New Guinea Bahasa Lama Aramaic Latin Esperanto 1 1 1 Pengamat 2008 Bahasa Melayu 2020Bahasa Manado 2017Pengamat 2008Berita Baik 19961 1 1 1 Peter MatthewMarkLukasJohnActsRom1 Korintus2 KorintusGalatiaEfesusFilipiKolose1 Tesalonika2 Tesalonika1 Timothy2 TimothyTitusPhilemonIbraniJames1 Peter2 Peter1 John2 John3 JohnJudeWahyu1 1 1 1 123451 1 1 : 1 123456789101112131415161718192021222324251 1 1 Malaysian Bible 2008 1 Peter 1 Simpan Nota 1Daripada Petrus, rasul Isa al-Masih, Kepada umat pilihan Allah yang tinggal merata-rata di Pontus, Galatia, Kapadokia, Asia dan Bitinia.2Kamu terpilih menurut rancangan Allah Bapa, dijadikan umat-Nya dengan Roh Suci, supaya taat akan Isa al-Masih dan disucikan dengan darah-Nya: Semoga kamu dilimpahi kasih kurnia dan damai sejahtera daripada Allah.3Puji bagi Allah, Bapa Junjungan kita Isa al-Masih! Kerana belas kasihan-Nya yang amat besar Dia telah mengurniai kita kelahiran baru dengan membangkitkan Isa al-Masih daripada kematian. Dengan demikian, kita hidup dengan harapan yang tidak akan binasa, dan4kita mengharapkan warisan yang tidak mungkin reput, tercemar atau lenyap – disimpan untukmu di syurga.5Kamu dipelihara dengan kuasa Allah, melalui iman untuk penyelamatan yang akan ternyata sepenuhnya pada akhir zaman.6Oleh yang demikian bersukacitalah, meskipun sekarang untuk seketika mungkin kamu berdukacita kerana menghadapi pelbagai cubaan.7Segalanya ini untuk menguji imanmu yang lebih berharga daripada emas, kerana emas tetap musnah walaupun telah diuji dengan api. Imanmu kelak ternyata tulen dan akan mendapat puji, penghormatan serta kemuliaan apabila Isa al-Masih datang kembali.8Kamu mengasihi-Nya walaupun belum pernah melihat-Nya. Kamu percaya kepada-Nya tanpa melihat-Nya. Oleh itu, kamu merasa kebahagiaan yang tidak terkata dan penuh dengan kemuliaan9kerana kamu akan mencapai matlamat imanmu, iaitu penyelamatan jiwamu.10Nabi-nabi telah mengkaji penyelamatan ini dan bernubuat tentang kasih kurnia Allah kepadamu.11Roh al-Masih yang ada pada nabi-nabi bernubuat tentang penderitaan al-Masih dan kemuliaan-Nya kelak. Mereka berusaha untuk mengetahui bila dan bagaimana perkara itu akan terjadi.12Allah telah menyatakan kepada nabi-nabi bahawa segala yang dilakukan oleh mereka itu bukan untuk mereka tetapi untuk kita. Sekarang perkara yang disampaikan oleh nabi-nabi itu telah kamu dengar melalui Injil yang diisytiharkan dengan kuasa Roh Suci dari syurga. Para malaikat juga ingin mengerti perkara itu.13Oleh yang demikian, bersedialah, berjaga-jaga dan sandarkanlah harapan kepada kasih kurnia yang akan kamu terima apabila Isa al-Masih datang kembali.14Jadilah anak-anak yang taat akan Allah, dan janganlah hidup mengikut nafsumu seperti dahulu, sebelum kamu mengenal-Nya.15Pastikanlah segala perbuatanmu suci, sebagaimana Tuhan yang memanggilmu itu suci.16Ada tersurat di dalam Kitab Suci, ‘Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci.’17Jika kamu berdoa kepada Allah Bapa, yang menghakimi manusia dengan adil menurut perbuatan masing-masing, maka sepanjang hayatmu di dunia ini takuti dan patuhilah Dia.18Kamu mengetahui bahawa untuk membebaskanmu daripada hidup sia-sia warisan nenek moyangmu, tebusannya bukanlah sesuatu yang dapat dibinasakan seperti perak atau emas19tetapi darah al-Masih yang amat berharga, darah anak domba yang tiada cacat celanya.20Dia telah ditetapkan sebelum dunia dicipta, tetapi dinyatakan pada akhir zaman ini untukmu.21Melalui-Nya kamu percaya kepada Allah, yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian dan memberi-Nya kemuliaan, supaya kamu beriman dan berharap kepada Allah.22Oleh sebab kamu telah menyucikan rohmu dalam mematuhi kebenaran supaya mempunyai kasih yang ikhlas kepada saudara-saudara seimanmu, maka kasihilah satu sama lain dengan sepenuh perasaan dan suci hati;23kerana kamu telah dilahirkan semula, bukan daripada benih yang dapat dibinasakan tetapi daripada yang tidak mungkin dimusnahkan, melalui firman Allah yang hidup kekal selama-lamanya.24Kerana,‘Semua jasad umpama rumput, dan semua kemuliaan manusia bak bunga di padang; rumput akan layu, dan bunganya akan gugur,25tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya.’ Inilah firman yang disampaikan kepadamu.Malaysian Bible 2008 Copyright © 2013 Pengamat Kitab Mulia Malaysian Bible 2008 1 Peter 1 00:00:00 00:00:00 0.5x 2.0x https://beblia.bible:81/BibleAudio/malaysian/1peter/001.mp3 5 1